Saturday, November 14, 2009

Al-Faatihah buat arwah Nurul Zalikah Bt. Mohd Zan

13 Nov 2009

0700
Teman2 di rumah tumpangan ajak makan sarapan di luar, sambil bincang2 tentang gerak kerja Islam. Tapi saya rasa keberatan. Mungkin sebab jam 3 nanti ada exam, cadangnya mahu study. Akhirnya tidak mengikuti mereka. Hanya mengirim pesan.

0940
Menuju ke main library. Nak fokus study utk persiapan terakhir. Walaupun rasa sedikit tidak gembira. Tak tahu kenapa.

1100
Badan terasa sengal-sengal sehingga menangkap di kepala. Kepala rasa pusing dan berdenyut2. Sukar benar untuk tumpu dan perah otak utk baca nota 'Pembangunan Mapan'. Tak tahu kenapa. 'Agaknya aku lupa syukur hari ni,' bisik hati.

1200
Tak tertahan rasa. Seperti mahu tersembul biji mata. Akhirnya mengambil keputusan utk rehat sebentar. Kaki melangkah ke lab comp. Jari jemari menari di atas papan kekunci. Sekadar search yg ringan2.

1300
Meneruskan kembali bacaan. Cuba menghabiskan bacaan yg bersisa. 'Ya ALLAH, mohon dipermudahkan urusan.'

1400
Kaki mula melangkah keluar dari main library, menuju ke surau KPS. Solat Zuhur. Exam di DTC, tepat jam 3. Masih berbaki 30 minit utk sampai ke sana tepat jam 1430. Kepala masih berdenyut, malah makin rancak.

1500
Exam bermula. 'Ya ALLAH, permudahkan urusanku, tenangkan hatiku, redakan sakitku, ilhamkanlah aku sedikit dari ilmuMU. Mudah2an aku dapat menjawab exam dgn baik.'
Kepala masih berdenyut. Sukar benar mengingati apa yang telah dibaca dan difahami. Akhirnya, pasrah dengan jawapan yg mampu diberikan.

1700
Keluar DTC dgn sedikit kecewa. Namun, apa nak dibuat. Tiada daya melainkan dgn izin DIA. 'Aku bertawakal pada MU, Ya ALLAH.'

1730
Setelah solat Asar, teman datang menjemput. Masuk kereta dan terus dikhabarkan dgn berita duka. Kak ika telah pulang dijemput DIA. Terpana seketika. 'Innalillah wa inna ilaihi raaji'uun.' 'Apakah ini petanda aku sakit sedari awal pagi tadi? Wallahu'alam,' bisik hati.

1800
Berbekal sehelai sepinggang, terus bergegas menuju ke Johor Bahru. Atau lebih tepat ke Pasir Gudang. Jam 2200 baru tiba. Sedikit terkilan, tidak sempat melihat arwah. Hanya doa yg mengiringi. Bermalam di Taman Rinting utk ziarah kubur esoknya.

14 Nov 2009

0900
Tiba di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang. Mencari lot kubur bernombor 422. Setelah berjumpa, bacaan Yaasin berkumandang sayup2 diiringi esak tangis. Seusai itu, kembali ke Kuala Lumpur.

Sepanjang perjalanan pulang..
'Ya ALLAH, Kau tempatkan lah Kak Ika bersama2 mereka yg soleh. Dia seorang yg bersyukur ya ALLAH.'

Alhamdulillah, Kak Ika kembali dlm keadaan yg baik. Di hari Jumaat, selepas selesai menguruskan diri, menghadap kiblat sambil mendengar ayat2 suci. Mungkin ini adalah hadiah buat mereka yg bersyukur.

'Aku?' Saya tersentak.
'Bagaimanalah perginya aku nanti. Baikkah? Burukkah?' hati berbisik lagi.
'Ya ALLAH, jadikan aku dari hamba2 MU yg bersyukur.'

~Syukur itu petanda cinta kita padaNYA~

Sunday, September 6, 2009

Badar al-Kubro 313

Salam Ramadhan al-Mubarak..

Salam Nuzul Quran..

Salam Badar al-Kubro..

Salam 17 Ramadhan 1430H..

Mengimbau sejarah hidup Rasulullah S.A.W..
Pada 17 Ramadhan 2H..



Semoga sejarah ini tidak dilupakan oleh kita semua.. terutama generasi muda yg bakal mencipta sejarah baru dunia Islam..

"Ya Allah, Kau suburkanlah semangat Badar 313 di jiwa2 kami.. agar kami setabah dan sekuat mereka (313) untuk terus istiqamah memperjuangkan agamaMU.. ameen.."

~Semarakkan semangat BADAR 313~

Wednesday, July 22, 2009

Alam Sekitar: Apa Maknanya untuk KITA?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Buat semua teman-teman..

Hmmmmm.....

Memulakan penulisan dgn keluhan panjang..
Bukan kerana benci menulis..
Bukan juga kerana rasa terpaksa utk menulis..

Tapi rasa terpanggil utk menulis sesuatu yg belum tentu dapat memahamkan semua yg lain..

Sebelum saya pergi jauh, ingin saya bawa teman2 melihat situasi2 ini..

BEWARE OF RUBBER HAIR BANDS and SLIPPERS! This is not a Joke

Be cautious of hair bands at open markets around the city too – they are probably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!
Take a good look before buying hair bands in future – esp
ecially the following kind..


BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmitta ble diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubb
er hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well..... threatening the health of local people,' it said..
Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and
viruses, it said.

'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just 25 sen (three cents), much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and
foreign markets.

In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.


Check your kids hair bands and make sure they do not put them in th eir mouth while trying to plait or tie their hair
.


See below for Chinese Slippers now being sold in Walmart in the US. Hopefully, they are not yet in Malaysia.



REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS?



This is very true as I heard it in news from one of our local radios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufactures. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal. I nearly bought one pair of the slippers below for myself last week at the Japanese $2 shop at IMM last week. These slippers are also sold in Walmart, USA and same complaints received.


Masih ingat lagi kontroversi SUSU BAYI yg baru-baru juga berlakunya di China?

Masih ingat tentang kejadian TANAH RUNTUH di BUKIT Antarabangsa?

Dan banyak lagi kejadian2 yg tidak sepatutnya berlaku memandangkan kita hidup menuju masa depan yg sewajarnya lebih baik..

Ke manakah fakta-fakta sebenar tentang kejadian2 ini disorokkan?

Dan yang paling sedih, kenapa masih ada orang yang sanggup berbuat apa shj demi memuaskan nafsu dan kehendak mereka?

Mereka sanggup menambahkan 'chemicals ajaib' ke dalam susu bayi semata-mata utk meningkatkan 'production' yg mana akan juga meningkatkan kadar 'consumption'..

Sanggup menambak cerun yg tidak stabil supaya ianya kelihatan seperti seolah2 sgt stabil, ditambah pula dgn wujudnya komuniti pokok2 besar yg secara teorinya ramai maklum bahawa pokok besar yg mempunyai akar yg besar mampu menggenggam tanah dengan kuat..

Ini semua hanya semata-mata utk membina banglo mewah yg kononnya hebat dan tampak gah apabila berada di puncak gunung.. (Sungguh tertipulah sekiranya anda semua berfikir sedemikian..)

Mengapa perlu ada 'production' yang melimpah ruah, yang mewah, yang gah tak tentu hala, walaupun terpaksa mengorbankan yg lain?

Apa tidak cukupkah dengan kesederhanaan yg boleh kita kecapi dengan mudah dan tanpa perlu mengorbankan yang lain?

Tamakkah kita kerana masih rasa tidak mencukupi dengan kesederhanaan yg ada?

Semua ini benar2 mengingatkan saya tentang Kalam ALLAH di dalam Surah Ar-RUUM: 41,

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).."

Semua kerosakan adalah berpunca daripada perbuatan kita sendiri.. Dan masihkah kita tidak mahu insaf dan kembali bertaubat?

Renung-renungkanlah..

Peliharalah Alam Sekitar anda.. Alam Sekitar bukan hanya tumbuh-tumbuhan, bukan hanya haiwan2, bukan juga hanya manusia.. Alam sekitar ialah satu komuniti yang menggabungkan semua benda hidup dan benda bukan hidup yang wujud di muka bumi ALLAH ini..

Ingatlah, Sesungguhnya alam sekitar ini hanya pinjaman dariNYA.. Dan ingatlah jua sesiapa yang tidak jujur dengan amanahnya, mereka adalah terdiri daripada golongan orang-orang MUNAFIK..

Naudzubillahi Min Dzaalik..

~Peliharalah ALAM SEKITAR Kita~